Wednesday, 20 June 2012

SUPER SPACE ARM ( MELAY VERSION)




RUJUKAN : SUPER SPACE ARM – BELAKANG










Ini merupakan satu data teknikal yang sangat penting untuk anda baca dan fahami mengapakah anda perlu memasang Anti-Sway Bar di kenderaan anda.

Pertama – Apakah Anti-Sway Bar : Anti-Sway Bar diperbuat daripada sekeping besi lembut yang telah direka khas untuk mengelakkan kenderaan anda daripada goyangan. Anti-Sway Bar ini dipasang sama ada di bahagian hadapan atau belakang kenderaan anda. Namun begitu, Anti-Sway Bar juga boleh dipasang pada kedua-dua bahagian hadapan dan belakang kenderaan anda. Bagi kebanyakan kenderaan utility lasak (Sport Utility Vehicle-SUV), barangan kilang yang original (Original Equipment Manufacture – OEM) di hadapan dan belakang (seperti dalam gambar).

Secara amnya, Pick-up empat pintu adalah kenderaan keperluan dan hanya digunakan secara khusus di kebanyakan negara. Namun, di Malaysia, Pick-up ini digunakan untuk dua tujuan sama ada untuk kegunaan sekeluarga atau juga sebagai kenderaan keperluan. Jika kenderaan membawa banyak muatan atau telah dilengkapkan dengan kanopi, maka keseimbangan di antara bahagian hadapan dan belakang pada kenderaan tersebut dapat diperolehi. Oleh yang demikian, kedudukan kenderaan akan lebih stabil semasa di bulatan atau selekoh. Berbeza pula apabila bahagian dek belakang kenderaan tidak mempunyai sebarang pemberat (barang atau kanopi). Apabila kenderaan dipandu pada tahap kelajuan yang tinggi, keadaan ini sangat berbahaya apabila anda melintas bulatan atau selekoh. Apabila anda menekan brek kecemasan, anda mungkin tidak menyangka bahawa kenderaan anda akan hilang kawalan, membuat lebih pusingan dan juga terbalik yang boleh menyebabkan kemalangan. Dengan pemasangan Anti-Sway Bar, anda dapat menikmati faedah langkah-langkah keselamatan tersebut untuk anda, keluarga, kenalan, kawan-kawan dan sebagainya untuk meminimumkan kadar kemalangan.

FAEDAH PEMASANGAN ANTI SWAT BAR


*       KESELAMATAN
Meningkatkan kawalan adalah seperti membantu kendaraan anda memperolehi keseimbangan  semasa berada di bulatan atau selekoh yang tajam. Dengan penggunaan Anti-Sway Bar, anda dapat memandu dengan lebih yakin serta meningkatkan kawalan dengan lebih baik seterusnya mengurangkan pergerakan badan anda.

*       KESELESAAN
Apabila kenderaan anda memperolehi keseimbangan semasa membuat pusingan, daya tekanan yang dikenakan pada kenderaan anda dapat dikurangkan seterusnya dapat meningkatkan keselesaan anda ketika memandu.

*       PROSES PENGHAKISAN TAYAR
Dengan penggunaan  Anti-Sway  Bar,  tayar  kenderaan  anda  akan  lebih  tahan  lama.  Perkara  ini  adalah kerana Anti-Sway Bar dapat membantu memperlahankan hakisan pada tayar kenderaan. Hakisan yang berlaku pada kesemua bahagian permukaan tayar kenderaan juga adalah lebih sekata.



*       PELARASAN DAN PELAKSANAAN
Tanpa pemasangan Anti-Sway Bar, kenderaan anda seakan-akan terapung atau tidak dapat meluncur dengan lebih lancar apabila anda memandu pada kelajuan yang tinggi disebabkan oleh gangguan tekanan yang tidak sekata. Dengan Anti-Sway Bar, anda akan lebih stabil dan juga dapat menikmati keselesaan semasa menggunakan pancuan empat roda anda.

Ini merupakan satu cadangan yang ikhlas untuk anda semua dengan harapan agar dapat membantu anda untuk membuat satu keputusan yang tepat.

Kepada semua pengguna kenderaan automatif, kami mencadangkan agar anda menukarkan daripada “satu” tindakan penyerap hentakan kepada “dua” tindakan penyerap hentakan.  Mengapa?  Kerana ia akan memberikan anda lebih keselesaan berhubung dengan keadaan jalan raya yang tidak rata dan tidak menyelesaikan.  Selain daripada itu, Anti-Sway Bar juga dapat memberikan anda kecekapan yang lebih baik ketika anda membrek kenderaan anda.  Dengan memasang Anti-Sway Bar, anda dapat memberhentikan kenderaan anda dengan cepat berbanding dengan sebelumnya.  Dengan itu, anda dapat mengelak daripada melanggar kenderaan yang berada di hadapan kenderaan anda.  Keadaan seperti ini akan membantu mengelakkan kemalangan semasa berada di jalan raya.

Keterangan Secara Percuma Boleh Didapati Di Bilik Pameran Kami.

No comments:

Post a Comment